Monday, January 3, 2011

Tahun Baru Azam Pun Baru?

tadi tengah jalan2 kat blog LensaTakRosak..aku jumpa blog Matahari. masuk je kawasan dia, terus aku baca post tentang azam baru.

aku setuju apa yang dia cakap. Azam tiap2 tahun nak tukar, tapi ada jugak yang tak capai2. haa..itu aku 22 tahun yang lepas.

sempena tahun 2011 ni..aku dah tak letak apa2 azam. sampai de sorang member text tanya apa azam baru..aku just reply :


tak ada azam baru. malas.


entah betol ke tak aku rasa, kawan aku tu macam tak setuju an text aku. hahaha..dia kata azam perlu untuk teruskan hidup.

well..aku kan 'kaki melawan'. aku reply je


tak perlu tunggu tahun baru, baru nak berazam. hari2 berazam lagi bagus.


lepas text tu, rasanya dia bengang kot an jawapan aku. terus dia reply 'ok' je. ngaa~ susah gegurl feminin neh. sensitip. cuba jadi macam aku. gegurl yang kasar, so xmen la nak sentap2 ok. benda kecik.

2010 dan 2011. beza angka 1 dan kosong je. dan beza umur 1 tahun da bertambah. malas aku nak fikir lebih. apa yang aku boleh kata, aku doakan je la 2011 akan buat lebih ramai manusia lam dunia ni happy.


aku nak doa suma orang jadi kaya, tapi kang ada orang kata


aku dah kaya..tapi masih tak happy...


:)


kalau aku doa suma manusia de pakwe makwe baru, kang ade pulak yang kata


girl/boy baru i buat i macam sampah..tak happy langsung..men futsal pon dia tak kasi...apatah lagi nak pegi klcc...


kalau doa suma manusia cukup makan, kang adeeee lagi yang kata


aku dah 'terlebih' cukup makan..tapi masih tak happy..


kalau jugak aku doa suma manusia hidung mancong..rambut brown..ala2 arab..rasanya masih jugak ada yang kata...


aku cantik..hidung mancung... kulit kemerahan...tapi macam mana aku nak bahagia...kalau tanah aku di jajah?..kalau tanah aku berumputkan darah manusia tak berdosa?...




makhluk 'putih' ni, kalau kita bagi lolipop 20 posen pon dia happy.. :)


sebab..dalam dunia ni..definisi happy/bahagia bagi tiap2 manusia lain2..sebab, di pengaruhi dengan cara hidup kita yang berbeza2..
 
jadi, lagi afdal aku doa je suma bahagiakan? senang...sekali arung je. xperlu sebut satu2..tapi rasanya masih kurang...baik aku tambah dari doakan semua manusia happy dengan doakan semua manusia happy dengan mengikut 'jalan lurus'...

apa tu? rasanya..orang yang baligh macam korang boleh faham..sebab..de manusia..lam dunia ni..happy..tapi sayang...dorang terpilih jalan songsang...

jadi jom sama2 doa...supaya 2011 ni semua manusia happy dengan mengikut 'jalan lurus'...


amin....

2 comments:

Anonymous said...

haha, nice dow. different perceptions and resolutions but the same motif: bahagia.

Lee Zha said...

ngaahahaha~ n3 org mls nk pk sal azam kdk tok lah. haha