Wednesday, January 26, 2011

2 + 1 = Aku

semalam aku baca en3 Mr K - Kalau Berpeluang Betul ke Nak Kembali ke Masa Silam? dan pagi ni aku baca en3 Matahari - Cubaan Membunuh Memori.

Sial. tengah2 kerja nak menetes pulakkan? Kenapa?



Pernah aku di tanya soalan yang sama macam en3 Mr.K dan jawapan aku...TAK NAK. aku ingat, bila aku baca en3 Mr.K, aku takkan terbayang apa dalam otak aku dan emosi aku kuat, tapi pagi ni, en3 Matahari dah masok dalam kotak hidup aku yang paling dalam.

Sila baca en3 Matahari dulu, nanti korang akan faham.

aku akui, aku xda 'hero' yang macam Matahari ada. tapi perangai 'hero' dia macam salah seorang ahli keluarga aku..dan hidup aku dari kecik sampailah tahun 2009 adalah zaman gelap bagi aku. sumpah, aku taknak masok dunia tu lagi. aku taknak lagi rasa perasaan 'duduk di rumah, maruah akan tercalar'.......

setiap langkah yang aku buat, hidup aku akan ada hadir manusia dari luar kelompok mak,bapak dan adik beradik. hadir kalau bawak sinar tak apa..ini bawak bala. aku buat baik macam mana pun, tetap nampak jahat.

apa yang baik, orang diam. tutup. simpan. apa yang buruk, orang tambah. heboh. sebarkan.

kau tau macam mana rasa di malukan depan orang ramai oleh orang yang kau kenal? kau tau rasa kena pulau orang sekeliling? kau tau rasa bila orang mengata keburukan yang tak wujud dengan tanpa segan silu?

dan kau pernah rasa...orang kutuk mak bapak kau depan mata dengan penuh bangga dan rasa tak takut apa itu dosa? tanpa rasa 'eh..anaknya ada di sini, diam saja'...tapi dalam hatinya 'peduli anaknya ada...biar dia tahu siapa bapa ibunya'..



kau tahu rasa macam mana duduk dengan manusia itu hari2 dalam masa 20 tahun? kau tahu? kau faham?

bagaimana kau tahu dan faham? owhh..dengan dengar cerita dan baca kisah ya. BERAMBUS!

sungguh aku benci manusia yang datang kepada aku dan kata "aku faham apa kau rasa"...walhal tidak ada satu pun yang aku alami dia pernah lalui. harus ke aku percaya pada manusia macam tu?

zaman remaja aku indah tapi sering di rosakkan manusia yang gila! gila harta! gila! satu langkah yang aku buat, aku akan berdepan dengan banyak halangan. bukan 1, bukan 2 tapi berpuluh rasanya. entah bila kata2 'rumahku syurgaku' wujud dalam hidup pun aku tak tau. rasanya tak pernah.

sakit. pedih. ya..bak kata Matahari, but the past who made me now. 

kau mahu tahu kenapa zaman remaja aku tak bercinta di zaman sekolah?

"aku dah tak percaya lelaki lagi, kau faham!"


aku ingat lagi. waktu pulang sekolah. di depan pagar sekolah. sekeliling aku di penuhi oleh pelajar junior yang tampak tidak sabar bali ke rumah. dan di dalam keramaian orang aku menjerit ayat tu pada sahabat aku sendiri.dan masa seakan terhenti. semua orang menoleh ke arah aku dan dia. ya...itu titik permulaan kami renggang.

ya, dia lelaki. ya, dia baik. ya, dia lelaki paling jujur dan menghormati perempuan yang pernah aku kenal dalam seumur hidup aku. aku lontarkan..kerna dia asyik memaksa aku. meminta jawapan. kenapa aku tidak terima dia? kenapa aku menolak kewujudan lelaki dalam hidup. kenapa?

sebab lelaki dan harta dah mencorak 1 kisah silam yang sakit dalam diri aku. sakit kau tau. sakit. dia hanya tahu sedikit. ahh..memang dasar aku manusia yang susah mahu berkongsi 100%.

dari luar, kuat. degil. campak di mana saja, aku boleh hidup. itu kata2 kawan aku tentang aku.

tapi mereka tidak tahu hati aku sudah rapuh. bosan. dan tenat dengan semua drama. ya..aku bercakap lancang. ya..aku berayat kasar. kenapa? sebab hidup aku telah dari dulu tempuh 'langcang dan kasar' nya
manusia.

drama masih lagi berlangsung sampai kini. entah bila akan sudah. manusia tidak boleh hidup tanpa harta dan lelaki...betul...tapi Tuhan tak pernah ajar untuk meletakkan harta dan lelaki tinggi lebih dariNya...

No comments: