Wednesday, December 29, 2010

Homoseksual, Gay, Lessy & Biseksual.

kalau korang perasan, aku dah remove kotak fb ngan fan page. bukan apa, aku nak balik ke tujuan asal aku buat blog ni. blog ni aku buat untuk luah semua yang terbuku lam otak aku. apa yang aku rasa. apa yang jadi dalam kehidupan seharian aku. suppose tiada tapisan.

tapi bila dah aku TERwujudkan 2 benda tu, secara tak langsung, aku kena tapis apa yang aku taip. sebab takut kalau2 ada pihak yang terasa dan tak suka.

well, fb aku just untuk famly and friends. itu saja cara nak berhubung antara satu sama lain bila dah masing2 tak ada masa nak jumpa. samada faktor kerja atau tempat yang jauh. so, bagi mengelakkan apa2 terjadi, better aku remove.

balik kepada tajuk di atas. baru2 ni kita di kejutkan dengan video sorang laki melayu yang terang2 mengaku dia gay. sapa yang tak tau apa itu gay..rajin2lah cek dekat google translate ye.



sepanjang aku hidup dan bernafas kat bumi Allah ni, ni bukan pengakuan pertama yang aku tengok. tapi ni pengakuan 1st secara on9 yang aku tengok. sebelum ni, aku dah terbiasa dengan pengakuan yang 'live'. yess..fresh dari ladang ek.

and..yes. dorang suma kawan aku. and yes..aku still lepak2 dengan dorang, still boleh hang out and yea..tak ada pandangan atau layanan aku berkurang sebelum dan selepas dorang mengaku dekat aku. sejujurnya, aku lega dorang mengaku.

kenapa aku kata aku lega? well..at least aku tak lah perlu tambah dosa kering dengan dengar apa orang kata. rite? kalau dah tuan punya badan sendiri mengaku, kau tak payahlah nak sibuk2 tanya orang lain betul ke tak. just cool and chill.

biseksual..bila kau suka kedua2 jantina.


cool and chill kat situ bukan bermaksud aku galakkan dorang. bukan jugak bermaksud aku tepuk2 tangan bila dorang bagitau aku. hell no. gila apa nak bersorak riang??

aku tau, ada sesetengah kawan2 aku yang tak suka aku berkawan dengan golongan2 suka sama jenis ni. well..you know what..ada aku kisah? kalau kau tak suka diam. jangan banyak bunyi.

sejujurnya, aku rasa aku takda hak nak judge golongan macam ni jahat or apa. ya..aku tahu. dorang melanggar hukum alam. tapi..kalau kita sebagai kawan, larikan diri o mengelak dari dorang, kau boleh bagi jaminan dorang akan berubah ke?


kalau kau lepak2 rilek2 je dengan dorang...dorang lagi naik lemak! lagi makin menjadi!


ya..aku tau tu. tapi boleh bagi aku jaminan, kalau kau mengelak, dorang akan 'pulih'? dorang akan berubah? dan ya..aku pun tak boleh nak bagi jaminan yang dorang akan berubah kalau aku tetap kawan dengan dorang.

tapi aku boleh bagi jaminan yang tak mustahil dorang akan berubah kalau kau tetap berkawan dengan dia. dia manusia jugak. manusia biasa. tak lari buat silap. kalau kita sebagai kawan, tinggalkan dia, dia akan makin hanyut.

sebagai kawan, aku tau aku tak boleh nak ubah orang, tapi aku cuba nasihat dan tak lupa doa pada Allah supaya dorang berubah, dan ya..aku berani kata. kalau golongan macam ni berubah, ke jalan yang benar, tak mustahil dia lebih baik dari kita yang tak pernah songsang!

itu lebih baikkan? dari kau lari dari dia..sumpah seranah dia..makin la dia hanyut..


alah..dah besar..taulah nak beza baik buruk...


kalau betul orang 'besar' dah tau beza baik buruk..dunia ni takkan ada perbalahan..dunia ni takkan ada peperangan..dunia ni takkan di timpa bencana..


tua bukan beerti bapak..muda bukan beerti anak...


kita tak tau nasib kita suatu hari nanti. mungkin hari ni kita jumpa jiran atau kawan kita yang songsang. kita benci dorang. kita halau. kita cemuh. kita sumpah seranah. tapi entah2 esok lusa..anak2 atau cucu2 kita yang songsang macam mana?

jadi nasihat aku..kalau jumpa golongan macam ni..rilek je..jangan pulak nampak macam terlalu menyanjung.. nanti dorang ingat kau sokong 100%..kawan macam biasa..sambil tu ingatkan dia sifat dan diri dia siapa slow2..

hidup ni kan macam putaran tayar..lebih2 lagi skang ni Allah bayar cash..hari ni kita kutuk orang..entah esok2 kita jadi macam orang yang kita kutuk..siapa tahu?..suma itu rahsia..rahsia yang Allah suroh kita fikir sendiri..sebab ada akal..dah bagi akal tu..faham2lah..untuk di guna berfikir...ye dak?