Friday, December 17, 2010

Dari Blog Mr K

td lepak blog Mr. K. terus baca post dia tentang Kenapa Gegurl Suka Laki Orang.. menarik tertarik la baca..kalau ada yang kenal Mr. K, mesti akan kata

ala..mamat ni, x abes2 nk kondem pompuan...ghey sangat!

LOL. bagi aku, aku suka baca blog dia sebab apa yang dia kata tentang pompuan ialah point of view seorang lelaki. ingat senang ke LELAKI nak bagi pendapat hal-hal gegurl? kalau bf ko sendiri pun belum tentu akan bagi pendapat macam yang dia bagi..

ok, berbalik pada isu yang dia tulis tu. better korang baca dulu, supaya faham isi kandungan yang mengandung tu.

bila aku baca, aku rasa macam nak huraikan la pulak SEBAB-SEBAB SUAMI CARI LAIN. ye, macam Mr K, aku pun belum kawen. bf pon takdak. T.T sunggoh sadis.

tapi pendapat aku datang dari pengalaman hidup aku sendiri. ye lah, baru real kan. kalau duk bla bla bla tapi tak kukuh bukti tak leh jugak kan? so girls out there, nak kawen? sila catat resipi2 penyebab suami curang agar awak awak n awak terhindar dari suami curang kemudian hari.






1. "Men marry women with the hope they will never change. "Women marry men with the hope they will change.   "Invaribly they are both disappointed." (Albert Einstein) 


Malas nak hurai. Bagi contoh je lah senangkan? Masa berchenta, gegurl nak jumpe boipen, metap tebal2, pakai wangi2 sampai senak idong. Boipen nengok pun, sejukkkk mata memandang.

masa dah kawen. 24/7 rambut sanggul tinggi, muka penuh bedak sejuk, berkemban kain batik. laki nengok pun...tak sejuk2 mata even bedak sejuk kat muka.



2. "Love is blind, marriage is the eye-opener." - Pauline Thomason 

zaman bercinte. sumanya nampak indah. comel. lote. ensem. kacak. tapi bila dah kawen, baru kita kenal pasangan kita macam mana. malas nak kemas rumah. malas nak berhias. malas nak kemas baju. malas nak masak. 

ok. 2 tu je aku nak sentuh. kenapa dua tu je? sebab bagi aku, 2 tu je faktor yang palingggggggggg kuat. tapi kalau dah memang 2 faktor tu ko tip top, tapi laki kau masih gatai, tu memang masalah laki kau la tu.

aku membesar dalam dunia lelaki, which is, aku nampak macam2 ragam lelaki yang aku dah masak benarr. hampir semua lelaki yang aku kenal, suma kata nak bini yang pandai berhias dan masak.

even bini tak lawa macam anjilina juling pun, yang penting, kemas. sedap mata memandang. tak lah ada taik mata la, rambut 24/7 nak pakai skaf. aiyokk..

tapi aku faham. kebanyakan pompuan yang dah kawen, dorang akan kata

"buat apa bak berhias... lam rumah sape nak tengok? laki aku je pun..."

tu la kesalahan TERBESAR pompuan zaman skang. bila keluar shopping meriah bagai mekap2. bila kat rumah tak nak pulak. padahal, suma orang tau, isteri ialah perhiasan suami. ko nak cantik2 tuk orang luar tengok? buat apa? orang luar tu ke yang jaga ko? bagi makan? bagi pakai?

kalau dah suami yang bagi makan pakai pun kau tak jaga, janganlah tuding jari kalau laki kau terbeliak mata p tengok mak janda.

jadi untuk yang belum berkahwin (termasuk aku) dan bakal berkahwin, jangan pegang lagi pada kata "terima pasangan kita seadanya..."

jangan..ingin ye wanita2 sekalian, lelaki skang dah makin pupus..nak kahwin senang, tapi nak kekalkan tu payah bebenor..jangan ingat bila laki xkomen sikap pemalas, korang boleh kata "takpe...laki aku tak kisah..."

haa..tak kisah lah sangatkan...sampai laki kau kawen senyap2 pun kau tak tau. so berhati-hatilah. jangan fikir bila laki senyap, semuanya OK. lelaki ni kadang2 malas nak fikir benda remeh, sebab dorang nak kita sebagai makhluk yang lebih sensitif, faham apa dorang nak.

senang cita, letak diri kita kat tempat dia. masa bercinta, bf bukan men perfect kau! macam brad pitt. tapi bila kawen, prangai macam parit. nak ke? tak nak kan? so..sama2 lah kita beramal dan beringat. hohohoho~

6 comments:

Bijen M. said...

Lelaki dunia dah makin pupus.
Tolak pula lelaki yang non Muslim.
Tolak pula lelaki yang ada kat penjara.
Tolak pula lelaki yang merokok.
Tolak pula lelaki yang tak kerja.
Tolak pula lelaki yang dah kahwin.
Tolak lagi lelaki yang tak pergi masjid.
So agak-agak berapa kerat saja lelaki yang tinggal?

Lee Zha said...

err..
cmpoq abg aku yg bujang.. 1
kazen aku yg bujang... 2
kazen aku yg blom baligh... 15
kwn2 aku.... 50++
kwn2 aku yg ghey... -2
jiran sblh umah... 1
jiran sblh umah ms stdy... 0 (ostel gegurl)

haa..tu je yg aku tau. maap. math aku kondem. :D

hans said...

yups
ada kala lelaki curang memang sebab2 macam nih
dan ada juga lelaki yg curang kerana memang mereka tak sedar diri dan terlalu ikutkan nafsu

P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?

Lee Zha said...

yeaps. tp xley nk slhkn laki je. pmpn pn de kslhn jgk. sng cita, 2 pihak kna krjsama. :)

MATAHARI said...

haha, to me. lelaki dan wanita saling bersandaran. hehe.

Lee Zha said...

sayang menyayang~ cinta di kenang~ hahaha