Friday, October 29, 2010

hanya kerana aku budak seni, aku rosak?


Semalam aku masuk chat room. Rindu mau merewang dengan rakan2 yg entah tidak di ketahui asal usul. Kadang kala misteri itu lebih bagus, bagi aku. Tak perlu ambil tahu asal usul nya, yang pasti boleh berkawan dan sama2 ketawa sudah cukup bagi aku.

Ada orang add aku. Entah, aku tak tau pun jantina dia atau nama sebenar. Terus dia tanya aku asal dari mana dan dulu study di mana. Oh, rupanya aku satu Uni dengan dia..tapi dia lain2 tempat. Dia tnya aku ambil kos apa..aku kata, filem.

Dan kos yang dia ambil..ya..aku kagum. Sebab aku tak ada kawan yang ambil kos seperti dia.

Entah mana silap, dia terus meluah rasa benci kepada semua budak2 seni macam aku. Aku sentap. Tipu kalau aku kata aku boleh berlagak selamba. Heyy..dia tekankan, benci budak seni seperti aku.

Dan untuk sapa2 yang tak tahu, budak uitm kos seni filem / teater hanya ada di puncak perdana. So? Harus aku rasa seperti tak ada kena mengena? Rupanya dia marah. Lalu lampias pada aku.

Di mata dia, budak seni sosial. Banyak yang rosak.

Buktinya? Kawan yang dia kenal dari zaman sekolah lagi. Lain dahulu lain sekarang. Macam langit dan bumi. Dia terus2 menuding budak seni seperti aku memberi kesan yang buruk kepada kawannya.

Aku tegaskan, kenapa mahu salahkan semua budak seni kalau yang salah kawannya sendiri?

Dia tetap kata budak seni tak bagus. Mengubah kawannya yang dulu lain sekarang lain. Ya..pemikiran dia memang salah sebab bagi aku…manusia berubah kerana jati dirinya tak utuh! Jangan salahkan orang lain kalau kau tersesat jauh.





Kalau kau mahu, ia akan jadi. Kalau kau kata TIDAK, tetap tidak akan jadi.
Aku soal dia lagi, pernah kau cuba masuk ke dunia kami? faham siapa kami? faham hidup kami di kampus? 

katanya IYA. Dia faham. Dia masih bercampur dengan kawannya itu. masih boleh sembang lepak sama. 

Aku tanya lagi. Kenapa kau tak jadi seperti dia. sedangkan kamu masih rapat. Jawapan yang aku terima buat aku senyum. 

“sebab aku tak nak”….

Jelas bukan? tapi kenapa dia masih mahu tuduh budak seni yang menghancurkan kawannya?? Walhal..terang2 sahabatnya culture shock. Kenapa? Culture shock hanya boleh jadi kepada orang yang datang dari kampung ya? Orang bandar tidak boleh?

Kecilnya pemikiran kau sayang. Ubah! 

Aku ceritakan pada dia..3 tahun. Aku hidup serumah dengan kawan2 yang pelbagai ragam. Iya..memang mereka sosial. Memang mereka jauh menyimpang, tapi kenapa aku tak hanyut ikut mereka? 

malah aku tak pernah rasa jijik dan merasa benci duduk semeja dengan mereka. heyy..siapa aku mahu mengadili kesilapan yang mereka buat? manusia mana yang tak buat silap? siapa?

Kenapa aku masih boleh ketawa dan makan bersama semeja dengan mereka? Aku tanya semua itu pada dia. Sekali lagi..jawapan yang dia bagi buat aku senyum…

“sebab kau tak suka jadi macam dorang….”

Nahh..tau pun. Aku tahu, Dia sayangkan sahabatnya..sedih melihat sahabat yang dulu lain sekarang lain..tapi kenapa mahu tuding jari pada housemate sahabatnya atas perubahan yang mendadak? Hanya kerana mereka serumah? Mereka pengaruh yang kuat? 

Kalau manusia mahu berubah atau rosak, dia tinggal dalam gua pun dia boleh rosak. Jangan sesekali tuding jari pada ilmu yang kami belajar. ianya seolah2 seni itu merosakkan akidah. 

heyy..Nabi juga sukakan seni,kau tahu? ia..kau tahu..tapi kami tetap kotor di kaca mata engkau.

Jangan hanya kerana kami sosial, ertinya kami rosak..jahat.. Jangan hanya sebab kami masuk dunia glamer, kami artis ( aku tau ramai budak induk sindir2 kami ini artis..bukan dalam nada memuji, tapi sindiran )…

Aku sedih bila jumpa manusia seperti Dia..tapi aku tahu, Dia tidak faham. Aku perlu fahamkan dia..jangan mudah cari jalan pemikiran yang cetek. Kalau benar sahabatnya kuat pendirian..jati diri..insyaAllah dia akan kekal seperti dahulu…

Bercerita dengan Dia..buatkan aku ingat peristiwa masa aku sem 1…lepak di McD Mid dengan 2 orang sahabat aku dari sekolah…sayang…aku rasa mahu menangis di situ bila aku di katakan belajar untuk buat maksiat. Belajar untuk buat maksiat…

Yaa…filem itu maksiat…drama itu maksiat…teater itu juga maksiat…tapi..aku lakukan maksiat yang nyata depan mata kau…bukan berselindung atas dasar kasih sayang sesama kekasih sehingga duduk di riba kekasih…tetapi maksiat yang atas dasar seni…seni yang merupakan tayangan dunia realiti. Sindiran kepada manusia. 

Dan terima kasih sahabat…ya..aku belajar seni maksiat…tapi aku lulus cemerlang dari kau yang dulunya bangga dengan kos mu yang aku yakin tak akan bawa kau ke mana. Nahh..betulkan kata aku. Kau gagal akhirnya. 

Aku tak mendoakan kau gagal…tapi Allah dah tunjukkan pada kau..jangan bongkak. Jangan. Sedangkan sahabat kita yang belajar ilmu perubatan pun membujuk aku…

“ liza…apa yang kita buat di dunia ni tak lari dari maksiat..even perubatan pun maksiat. Kenapa aku kata maksiat?? Heyy..kami terpaksa melihat aurat manusia yang bukan muhrim, tujuan perubatan. Ya..ia tak di pandang hina sebab tujuan perubatan, tapi tetap maksiat kan?...

bukan senang menjadi budak seni. bukan senang. kutukan memang tak lari.. bukan saja dari masyarakat, terlebih dahulu kami perlu berhadapan dengan ahli keluarga yang masih tak nampak apa hasilnya belajar seni..

tapi sampai bila kau sebagai manusia yang punya akal dan minda mahu lihat semua budak seni itu hina? jelek? hanya kerana seorang manusia yang kau lihat hancur lalu kau anggap semuanya sama? heh...cetek akal.

ku kira, banyak tangkapan khalwat kini terkena gadis berlitup..kenapa ya??

jangan bongkak saudara..hidup kita belum tentu ke mana.. jangan kau fikir solat 5 kali sehari sudah cukup meletakkan kau sebagai manusia sempurna di mata Allah..

jangan kau ingat tutup aurat segala dan jelek melihat perempuan seksi, lalu kau kutuk dia...kau kira kau sudah suci benar??

jangan...Allah tahu apa dalam hati mu..Allah tahu...

pernah lihat filem Ayat2 Cinta? bagus kalau pernah...sebab ada 1 scene yang betul2 membuka mata aku...
scene semasa Fahri di masukkan ke dalam penjara..dia menangis dan mempersoalkan kenapa Allah menguji dia sedemikian walhal dia melakukan segala yang disuruhNya...

dan banduan yang berada sama dalam sel tersebut menyedarkan Fahri..bahawa Allah sedang berbicara dengannya...

apa kaitan scene itu dengan entri aku?? heh...

kaitannya lebih dekat dengan diri manusia....kita rasa bongkak tanpa sedar bila kita kira sudah melakukan segala yang di suruh...tapi kita tetap manusia...

siapa kita yang berhak mahu judge orang lain jahat dan diri kita sempurna??...siapa?..

hanya kerana kau rasa kau lebih bagus dari orang lain??..hanya kerana kau telah melakukan segala suruhanNya...betul kau ikhlas melakukan dari hati??...atau kau mahu rasa lebih bagus dari orang lain?...

fikir2lah..sebelum mulut mahu judge orang lain..kau fikir dahulu..yea..tegur tidak salah..tapi jangan sampai bunyi kau seperti manusia yang bongkak lagi tak berakal....

sehina2 pelacur...zaman Nabi dahulu..pelacur juga yang masuk syurga...layakkah aku, kau, dia, dan mereka rasa kita lebih bagus dari mereka mereka dan mereka??

siapa kita?...siapa?....masih juga makhluk bernama manusia...belum bertukar jadi Malaikat...

5 comments:

Cik Akma said...

setuju dgn ini. nice entry. mendalam tetapi tepat.

red-is-merah said...

fuhhhhhhh... hebat, cam ucapan dlm kempen....

Lee Zha said...

cik akma : tengs sis sb singgah. :) luahan dr hati yg marah... :)

uncle : hahaha kempen budi bahasa budaya kita~

Bijen M. said...

Aku main silat.
Budak seni juga.
Ke ke ke.

Dulu aku kawan dengan budak filem kat Puncak sama-sama dia orang buat short filem.
Sekarang aku sama-sama dia orang tengah plan nak buat PSA untuk tujuan dakwah.
Wewit.
:D

Lee Zha said...

nahaaaaaa~

ni yg aku truja an ko ni bro! lau da siap PSA t habaq kt ceq naa!! :D