Thursday, September 23, 2021
2021
27 mac 2021. tarikh yang aku rasa aku takkan boleh nak hilangkan dari kepala. 6 Mei 2020 mak pergi. 27 Mac 2021 pulak giliran bapak di jemput Allah. Atau mungkin di jemput Mak? 26 Mac 2021, Jumaat. Dalam kereta cuma ada aku, kakak dan bapak yang lemah. Baru keluar dari klinik untuk cuci luka pada kaki kanan dia. Doktor pesan, tunggu malam. Kalau masih lemah, bawak ke Hospital.
Aku paksa kakak, jangan tunggu malam. Direct pergi Hospital masa tu jugak. Sebab butir percakapan bapak dah bunyi macam orang lalok. Tak jelas. Dalam pada kakak busy pegang erat tangan bapak ingatkan untuk mengucap dan zikir, aku bukak youtube untuk pasang zikir nak bagi bapak dengar dan ikut, tangan bapak tak berhenti terawang-awangan. Kakak masih sambut tangan bapak, ingatkan zikir, dan mungkin..mungkin.
Bila tengok tangan bapak yang bagai nak menggapai sesuatu, kakak fikir bapak nak gapai pemegang atas pintu. Walhal kerusi dah dalam keadaan baring. Bapak dah baring. Kenapa dia nak capai benda alah tu? Dia rasa tak selesa nak jatuh ke apa? Sebab kakak bawak kereta laju?
Sampai Traffic Light. Kakak lepaskan tangan bapak, nak pusing stering. Masa tu jugak aku tak pasti, telinga aku berfungsi dengan baik ke atau aku memang salah dengar?
Dengan tangan yang masih nak menggapai sesuatu, suara bapak yang tak jelas dan halus, aku cuma mampu dengar "Mak kau..."
Aku diam. Aku tunggu reaksi kakak, tak ada. Aku salah dengar ke? Tuhan..kalau betul apa yang aku dengar, aku cuma boleh kata terima kasih. Mungkin aku tak mampu nak nampak, tapi kalau betul kau izinkan Mak jemput Bapak, tak ada perasaan lain selain gembira. Lelaki, susah nak tunjuk apa dia rasa.
Aku tau bapak rindukan mak. Walau setiap kali aku tanya ada mimpi mak ke tak jawapan bapak cuma tak ada. Walau bila aku tanya tak boleh tido malam sebab ingatkan mak ke tak masih jugak jawapan yang aku terima - tak ada..
Suami Isteri. Hilangnya tak sama macam hilang mak bapak. Sakitnya tak sama macam hilang anak. Takkan pernah sama.
Tak ada lain yang aku harapkan, cuma biarlah Tuhan bahagiakan Mak & Bapak di alam sana bersama berdua. Sebab aku tau, dorang dua sama-sama sakit menanggung rindu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment