Saturday, April 20, 2013

perubahan


aku jenis yang sedar..
kalau diri aku mula berubah.
walau sekecil-kecil perangai
sekalipun.

dan aku perasan
malam ini.
baru aku perasan.

aku jadinya makin sensitif.
seakan roh aku sudah di tendang keluar,

-- dan di gantikan roh anak gadis cengeng.


tolol.

tanya saja sahabat aku,
tentu dia akan khabarkan
antara kawan2nya yang lain,
aku satu2nya yang mahal mahu menangis.

entah mahal..
atau ego sebetulnya.

tapi sekarang..
aku mudah sebak.
mudah betul air itu jatuh keluar.
buat pandangan mata kabur.

bila saja rindu,
yang tadinya aku gelak gila2,
dalam momen 5 saat,
aku sudah pedih mata.

dan tadi,
aku capai zine puisi pemberian kesayangan,
aku tak faham apa..
sebab..
aku memang lemah bahagian bahasa.
aku tak faham bukan kerna karya itu sampah.
tapi pemahaman aku yang sebenarnya sampah.

sungguh,
rasa macam di hempap sesuatu yang berat.
sakit.

betapa cengengnya ku sekarang,
tuhan saja yang tau.
mana hilangnya aku yang dulu?
aku yang dulu ego mahu keluar air mata.



jujurnya...
aku rindu "aku" yang dulu.





...

No comments: