Thursday, February 7, 2013

percaya atau tidak, itu hak masing-masing

tiba-tiba soalan yang lepas menyentak kepala aku. soalan yang kawan aku pernah tanya tentang macam mana aku boleh percaya setiap cerita apa yang orang sampaikan pada aku, tentunya tentang seorang yang aku sayang, tapi tak pernah jumpa.

entahlah. aku tak tau kenapa dia tiba-tiba soalkan benda macam tu, mungkin pada dia, dia seorang yang susah nak percaya cakap orang, dan aku? ye, senang percaya. sebab bagi aku, percaya atau tidak, itu hak masing-masing.

soal percaya, kau tak boleh nak ukur pada berapa lama kau kenal dia atau berapa kerap kau jumpa dia. sedangkan orang yang seumur hidup kau jumpa pun kau tak boleh nak percaya, jadi? relevan ke kepercayaan tu terletak pada "pertemuan". 

aku cuba tanya diri aku. ke aku ni sorang yang bila dah sayang, aku buta, aku tak nampak apa. entahlah. yang aku tau, aku cuba nak memahami dan menghormati hak orang lain. kalau orang jenis tak suka jumpa, ya silakan. aku tak ada masalah. sungguh. aku cuma ada masalah bila orang buat celaka dengan aku je.

ya, tentunya tentang itu semua orang dah tau pasal aku. aku terima orang sekeliling aku seadanya sifatnya dan sikapnya. aku tak suka nak tanya soalan. kecuali untuk hal-hal yang aku rasa aku mahu tau tapi aku mengelak sikap..mendesak.

aku tau, kawan aku tak berniat jahat. cuma, tak nak aku tertipu. ya, betul. tertipu. tapi siapa manusia nak terus menipu sedangkan aturan hidup di pegang di atas sana? aku selalu mohon, kalau benar aku di tipu, biarlah Allah yang akan tunjukkan. aku taknak percaya pada cakap-cakap atau bunyi-bunyi mulut orang lain saja.

sebab...

seumur hidup aku..aku dah muak dengan cakap-cakap orang. muak dengan mulut-mulut orang menyampaikan sesuatu perkara. mulut boleh bohong. mulut boleh menghasut. tapi...kebenaran Allah akan tunjuk, itu yang aku pegang. Jika benar apa yang di khabarkan, Allah akan tunjuk.

Dan...alhamdulillah..selama aku hidup, aku pegang pada dasar tu, percaya dengan mata kepala sendiri sebab masa tu Allah telah kenankan doa untuk tunjuk kebenaran. Sakit. Memang sakit. 

Tapi soalan aku...berapa ramai hidup kita yang dah musnah dan celaka hanya kerana percaya mulut orang?

Itu lebih celaka dari percaya bahawa bila kita minta, Allah akan berikan kebenaran. 




: aku bercakap atas pengalaman "percaya" terhadap orang yang seumur hidup di depan mata aku. bukan bercakap atas dasar "rasa".



...


2 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

betul. tanya pada Dia. Dia menjawab semua persoalan kita.

Hanya kita yg tau dlm bentuk apa jawapan dari Dia. ;)

Lee Zha said...

aku slalunya, lau orang tu nipu, cepat je kantoi. macam kes si ella tu lah nokss..baru berapa minit nasihat, dah dia kencing nama aku. haaa gittew.