Wednesday, February 6, 2013

manisku

terjaga. satu tabiat aku yang rasanya lama dah tak berlaku. terjaga dari mimpi yang..ah, malas mahu cerita. tapi bila dalam gelap pandang siling di atas katil sorang2, aku teringat seorang yang satu-satunya manusia yang aku akan text tanya dah tido ke belom bila aku terjaga macam ni.

tapi itu dulu. semua tu memori. skang? aku just mampu tengok siling bilik dalam gelap dengan ingat moment-moment masa "kami" masih wujud. tiba-tiba aku tersentak bila hati aku sendiri tanya..

"betul ke "kami" dah berlalu? kalau betul kenapa password hp masih tarikh lahir dia?"

*sigh*

sungguh. 5 tahun bukan tahun yang sekejap untuk bebas dari proses melupakan. aku tak salahkan dia dalam hal ni. semua salah aku sebab aku yang memulakan. aku. aku mainkan perasaan dia. padan muka aku skang.

dan aku..aku tak nak jadi typical "bekas" yang masih nak kejar dan kongkong dia dari cari bahagianya sendiri. cinta, bukan untuk di paksa. dan aku? memaksa itu tidak ikhlas. aku tak nak memeluk sesuatu yang tak ikhlas. tidak. sama sekali, bukan aku.



...


2 comments:

hanaahmad said...

ok sekarang dah boleh mula tukar passsword hp tak?

harus mulakan untuk melupakan. aku pernah merasainya.

Lee Zha said...

alhamdulillah, sudah boleh just perlu carik password lain sebab takut guna password yg orang senang tau.

haha