Thursday, January 31, 2013

cinta itu bukan barang yang kau boleh sumbat di mana-mana

gila. sudah 3.04 am mata masih mahu pejam. sedangkan semua makhluk sudah terbang di bawa dingin malam. aku? masih di sini lalu membuat kesilapan mengintai isi hati manusia yang buatkan aku secara tak sengaja berfikir...

apakah manusia tidak tahu cinta itu bukannya barang yang boleh kau paksa dan sumbat atau sememangnya manusia itu susah mahu terima segalanya tentang cinta?

ah pusing. mungkin semuanya salah aku. salah aku yang mula persoalkan kenapa kenapa dan kenapa tentang cinta, tentang kenapa manusia sukar terima penolakkan? ya, aku terlalu positif tentang cinta. mungkin. tapi cuma aku di ruang itu, tidak orang lain. tapi saat yang menghairankan, kenapa aku harus turut sakit bila lihat cinta yang terputus di awang-awang. tiada kesudahan. tiada penamat. cuma tali cinta itu mati. tidak bersambung. seakan-akan kayu mancis yang mati apinya di pertengahan kayu walhal lilin belum pun terbakar. sia-sia. tak berguna. 

kisah cinta yang ini bukan seperti membaca sebuah novel yang aku tangis dan merasakan aku ialah si gadis yang cintanya sudah mati. tapi kisah cinta ini lebih kepada apa? simpati? begitukah yang harus aku panggil?

atau aku masih lagi bodoh mahu semua manusia di depan mata aku mencapai si cinta yang selama ini diharap akan menjaga nafas, nyawa dan jasad hingga terputus semuanya? tolol. semua ini bila aku fikir sendiri, aku yang tolol. aku sedar hidup tiada fairy tales tetapi mengapa aku masih mengharapkan ianya berlaku pada sosok di depan mata aku?

mungkin ya...

mungkin ya Tuhan..mungkin aku terlalu banyak berdoa untuk melihat manusia-manusia di depan aku bahagia sehingga aku lupa Kau menguji manusia untuk tewas lelah agar mereka bangkit berjuang dan bangun dan sadar bahawa Kau sedang menguji mereka untuk menjadi manusia yang lebih berharga cintanya...

siapa aku..mahu melukis....jalan kehidupan orang lain?..siapa aku hendak sama-sama sakit sedangkan hakikatnya aku tahu...mulanya sakit yang akan diakhiri kegembiraan.

duhai teman..sadarlah..Tuhan sedang mengujimu..bangkitlah..senyumlah..esok masih ada. masih ada.



...

4 comments:

hanaahmad said...

kuasa cinta noks. kadang2 manusia boleh jadi gila, buta dan tuli hanya kerna cinta. macam tak biasaaa..

hanaahmad said...
This comment has been removed by the author.
Lee Zha said...

tulah youllss~ harap2 dia akan bangkit dan bangun tak lama menonggeng..sakit kau..haa gittew.

Päk Läng said...

semoga