Wednesday, March 14, 2012

Sebuah Amerika dan Erti Die-Hard-Fan


baru sampai muka 74. baca muka 74, aku terus nak menulis entri ni. 

kalau korang yang dah beli Amerika, belek muka 74, korang akan baca soal novel. nama Faisal Tehrani pun ada dan tak ketinggalan soal pegangan hidup masing2 yang bercanggah. 

tapi apa kaitan Amerika & Die Hard Fan?

selama aku hidup 24 tahun atas bumi pinjaman ni, setau aku, aku pernah kipas-susah-mati kat kumpulan Westilife. masa tu tengah hot la dorang, aku masih darjah 4 ke 5 masa tu. tahap KSM aku ni, siap aku hapal biadata salah sorang dari dorang, Bryan, sebab aku suka kat dia. Bukan takat tu je, siap majalah kakak aku rongak2 aku gunting semata2 nak amek gambar dorang, n letak kat buku lagu. pehhh..masa tu aku memang glemer la lam kelas sebab kawan2 tau aku de buku lagu yang superb sebab suma lirik lagu westlife, britney n nsync sampai ke blue memang aku ada. 

siap dengan gambar2 dorang yang kawan2 aku tak dapat kat mana2. memang aku terkenal gak dengan gelaran supplier gambar2 dorang masa tu. gila. mengamok gila kakak aku bila tau. 

berbalik pada buku, dan muka 74 ni buatkan aku terfikir tentang ketaksuban dalam erti kata moden die hard fan lah kan. tapi persoalan yang akui fikir, dalam hidup ni perlu ke kau betul2 taksub dan terlalu ikut pada seseorang yang kau suka. maksud aku, kalau aku suka Faisal Tehrani, perlu ke aku ikut dan iyakan semua apa yang dia buat?

manusia ni macam2 kaler. tapi secantik2 color skalipun, color Rasulullah yang paling cantik. yang selepas dia ialah kita, kau, aku dan dia dia dan dia.

apa yang aku nampak skang ni, manusia lupa yang orang yang dorang sanjung dan taksub tu jugak manusia biasa. manusia biasa, aku ulang. baik macam mana skalipun dia, tetap akan pernah ada silapnya, tak sentiasa betul je kan?

tapi tak taulah samada korang cuba menafikannya atau apa, kenapa setiap yang orang yang kau taksub sangat tu buat, kau anggap BETUL? idolalah katakan. tapi idola2 pun, perlu ke sampai angguk saja bila apa yang dia buat? aku tau...ada sesetangah idola tu menyuruh kita lakukan benda yang betul dengan cara dia. tapi soalan aku...kau buat itu atas dasar ikhlas dengan cara kau atau kau nak di tengok sebagai mulia sebab 100% angguk?

soal ni mungkin nampak macam aku kutuk budak2 muda yang skang gila glemer retis, tapi ini soal umum. kau akan jumpa di surat khabar hiburan retis, di kumpulan jemaah2 serbanista, di kumpulan sasterawan dan semua. semua ada. 

sebab tu dalam hidup aku, bila dah baligh ni la kan..sebab aku masa minat westlife tu..aku belum baligh lagi. ekhem. bila dah baligh, aku tak ada senarai orang2 yang I wana be, atau idola2 saya..tak ada pulak. Rasulullah tu lainlah, tu list yang dah di tiup kat semua umat islam sejak roh di tiup ke jasad. yang aku cakap ni soal manusia skang. 

kalau korang ada, tu terpulanglah dalam diri masing2 cuma tanpa sedar, bila kau terlalu taksub dengan seseorang tu. kau pun akan jadi hilang identiti sebab nakkkkkkkkkkkkk sangat jadi macam si dia. kalau setakat rujukan, insyaAllah tu lagi molek rasanya. tapi kalau taksub, tu dah bahaya bro. baik lu sedar cepat2 before lu jadi orang lain yang bukan diri lu.



...


No comments: