Wednesday, October 19, 2011

kawen 2? err...

bukan 2 bini ye..tapi post sal kawen part 2. haaha

aku pun xtau la pesal akhir2 ni aku asyik face benda dan persoalan yang sama bila lepak dengan member. tak kisahlah lepak fb ke lepak ym ke lepak call or mesej lah kan. mesti isu kawen keluar.

tapi bukan bermaksud aku dah klang kabut nak ke arah tu. no no no, na'ah. belum sampai masa. aku belummm sedia dan ya, entah, macam kawen tu sesuatu yang mustahil lak aku tengok.

setiap orang, bila kawen nak hidup yang bahagia sampai akhir hayat. tak ada yang saja-saja kawen nak cerai. maybe ada, tapi tu bagi yang kawen bukan atas sayang menyayang, cinta di kenang~ hahahaha

aku rasa macam takut nak kawen sebab takut ada anak. baru2 ni aku terfikir takut nak ada anak. heyyy, aku bukan anti budak2 ok, aku suka baby. tapi ada 1 masalah yang jadi dalam diri aku buat aku tak yakin nak ada anak.


dalam famly aku, kitorang baru dapat sorang famly member baru, new baby born la. tapi suppose, 2, anak abang aku. kakak aku belum ada rezki lagi. ok, suppose gegurl dia 2 orang, tapi yang kakak, memang dah di jangka oleh doktor takkan hidup lama sebab tak ada buah pinggang. not sure sebelah or both side.

sedih. aku dah excited nak dapat baby, tambah2 lagi twins. gila tak excited. abang aku tak bagitau pun apa yang doktor gitau dia laki bini, sebab memang masa scan doktor dah detect yang kakak xde buah pinggang. so yang selamat, just adik and her name Nur Syazwina. Arwah Nur Syazwani.

masa benda ni jadi, abang aku dan kakak ipar kat Kuching, sejak dah kawen, abang kau menetap sanalah sebab kakak ipar aku orang sana. kebetulan bapak aku pun kat sana, kakak aku masa tu masih kerja jat sana. sah2 la kan aku xtengok dan xtau rupa arwah Wani.

tapi seminggu aku berkabung. diam. diam. diam. masuk bilik nangis. ingat arwah. pelikkan? aku tak tau muka dia cam na..cium bau dia pun aku xpernah, but tu yang jadik. kasih sayang tu pelikkan? Allah yang bagi.

raya tahun ni pulak, raya 1st ada Wina. sebab last year abang aku tak balik. kira 2nd time dia balik miri sebab pertengahan tahun hari tu abang aku ada balik kejap. saja bercuti balik miri sambil tunjuk baby wina. dia skang da setahun lebih.

apa yang aku nampak the way aku treat Wina, aku rasa aku akan rosakkan dia kalau aku yang jaga dia. sebab tu, aku rasa aku tak layak jadi ibu. aku takut tau tak, memang aku manjakan dia, terrrrrrrrrlalu manjakan dia. what ever she want, i gave to her, even handphone aku dia mintak nak buat main, aku bagi. end up dia balinglah jugakkan? tapi aku bagi selamba batak je.

abang aku memang manjakan dia, sampai kakak ipar aku mengadu masa Wina jatuh kat supermarket dari stroller lau tak silap, abang aku hangin kat kakak ipar aku. hahaha aku gelak jelah. tapi, manja macam mana pun, abang aku masih bertegas dengan Wina.

dia tak bagi Wina keluar main air kat kolam ikan luar rumah. walhal bukan kotor pun, atas simen. dan selalu pujuk dia main air tu siapa? aku jugak. tak sampai hati tengok dia tenung aku.

dan dari situ aku dah tau dah. anak aku nanti sah2 spoil. anak aku nanti tak mustahil rosak, rosak macam lam cerita anakku sazali. heyy, korang ingat cerita tu relevan zaman dulu2 je ke? skang ni pun benda yang sama jadi tau tak. aku dah tengok dengan mata aku sendiri, so aku takkan spoilkan anak aku.

so, conclusionnya ialah, aku takut nak kawen. aku takut nak ada anak. sayang macam mana pun aku kat baby, tapi aku tak nak end up rosakkan dia. kalau Wina tak apa, sebab dia just anak buah aku. aku buakn parents dia. lebih2 lagi kakak ipar aku memang tegas.

sebelum orang kata aku ni tak reti jaga anak, baik aku ngaku awal2 ye dak? tapi kalau laki aku nanti nak anak? errr..soo...entah.

aku tetap rasa aku tak layak nak ke arah tu.

erghhh.



...

2 comments:

ghost writer said...

takper lar,Lee Zha

makin dewasa makin kau mampu kikiskan perasaan macam tuh.jangan didesak sangat.

all iz well.

Lee Zha said...

this is me ghost. :)

kau baru berkenalan dengan diri aku yang suka fikir sesuatu yang jauh, yang entah boleh gapai atau tidak.