Sunday, July 10, 2011

tali itu telah mati

aku rasa pena aku sudah mati.

entah. entah tak tau bila lagi kegilaan untuk menulis itu akan tiba.

sumpah.

rasa seperti rohku telah mati dan hanya yang bernyawa dan menyedut oksigen hanya tinggal jasadnya saja.


jatuh bangun, luka pedih, suma sudah aku rasa.

tapi kenapa saat ini aku rasa seperti ada yang hilang?

aku rasa kosong. lebih kosong dari sebelumnya.

ada kaitan dengan Dia?

maaf. aku amat kejam pada kau kan? hanya satu kesalahan aku terus hukum kau.

terus putus.

maaf.


dulu aku dah kabarkan pada kau.

kita takkan bertahan waima 3 purnama. sebab aku manusia yang terlalu takut akan cacat cela.

sering kali aku kata, aku tak mencari kesempurnaan.

tapi kau tau sayang? aku tipu.

aku terlalu mahukan kesempurnaan itu wujud dalam diri seorang lelaki yang aku boleh sandarkan kepala bila musibah itu tiba.

aku tak minta, tapi zaman silamku yang tak pernah lari dengan menonton kejahilan lelaki membuatkan aku takut kau akan bertukar seperti salah seorang darinya satu hari nanti.

kau tahu novel Cinta Pertama?

ya. tentunya bukan judul novel itu yang aku mahu kau fahami.

tapi watak utamanya, Carl Zafran. fobia pada wanita kerana takut wanita2 yang pernah menjadi tunangan nya akan menjadi seperti ibu kandungnya.

kau tau, mungkin manusia lain kata itu hanya sekadar imaginasi penulis dan tak wujud watak seperti itu. tapi apa yang mereka tau sayang? mereka tak rasa apa aku rasa. mereka tak telan apa yang aku telan. dan mereka tak pernah hadam waima hidu sakitnya itu apa.

watak itu. Carl Zafran. amat dekat dengan aku. aku tak pernah nyatakan sejujurnya siapa dan bagaimana ciri lelaki yang aku mahu dakap hingga hujung nyawa, sebab bagi aku tak akan pernah jumpa ciri yang aku mahu.

cuma setiap kali perhubungan itu ada, aku terima kaum adam seadanya.

tapi ya...maaf..bila cacatnya diri kau..kau pamerkan..aku dengan kejam akan membunuh rasa itu. cinta itu. rindu itu dan sayang itu. semua ku padam walau kesan masih ada. aku tetap masih mahu padam biar sampai ada luka.

maaf sayang....aku tak layak menjadi gadis kau..dan aku tak layak jadi gadis untuk mana2 lelaki...mungkin sudah tertulis aku sememangnya di lahirkan untuk mengabdikan diri dengan mak bapak...

aku tak layak untuk jadi isteri..terlalu banyak kenangan yang aku hadam lalu menjadi nafasku. mungkin sebab itu aku terus membunuh rasa itu bila kau hanya sekali tersilap langkah.

maaf...skss...

4 comments:

Anonymous said...

walau pun sanggup dilabelkan seorang yang kejam dan pentingkan diri....dimana diri sendiri tau yang tiada manusia dilahirkan sempurna...seolah-olah mahu larikan diri dari 'sesuatu'

Lee Zha said...

setiap manusia itu memang ada masanya akan lari, tapi hala tuju kaki kau lari yang buatkan kau berbeza-beza.

bangun kembali said...

bila kaki penat berlari ikut hala tuju,takut nanti tersadung dan tersasar bila pandangan jadi kelabu...

Lee Zha said...

ya..aku manusia biasa. bila mahu lari kadang2 tak ingat yang dihadapan mungkin ada batu..trima kasih sebab ingatkan. :)