Monday, July 11, 2011

musim bunga telah hilang

shit! hari ni rasa betol2 loser gila. mulut nak mencarut je memanjang. suma keja macam tak kena. suma maslah datang skali arung. damn sial.

kalau saja bunuh diri tu bukan dosa, mayb dah lama aku buat.

siyesly tak tenteram.


nak pekik tapi tak keluar. terlolong, tersekat. tak lepas kerongkong.

macam kopi 3 in 1, aku punya versi lak 10 in 1. suma masalh datang serentak. shit gila. sa,pai bila nak tahan ni. aku pun tak taulah.

nampak sangat mata aku dah mula memberontak. tak larat dah nak telan semua benda. mungkin dah busuk dalam hati, sebab tu nak muntah semua segala. tapi macam mana nak muntahkan???

muntah depan orang, aku tak biasa. aku tak suka orang simpati. benci. aku rasa hina bila ada yang simpati. macam aku mintak sedekah gamaknya.

aku nak luah pada sorang saja. Dia. Tapi aku takut jumpa dia..aku kalau boleh, biar dia nampak aku kuat sekarang. aku kalau boleh, nak semua apa yang aku muntahkan pada dia masa skolah dulu dah terhapus di bawa masa.

aku nak dia percaya yang sekarang aku anak yang lain. anak yang teguhnya seperti karang. kdi hempas ombak tapi masih utuh di situ. aku benci kau tahu. benci bila saja suara elmbut itu masuk ke gegendang telinga, aku tak mampu tahan air mata.

entah. rasa seperti dia pukau aku. awal tahun hari tu, terserempak dengan dia di supermarket. matanya masih seperti dulku. kuyu, sarat dengan kasih sayang mungkin. dan aku tau, harapan yang dia luahkan agar aku menziarahinya lagi bukan setakat mahu bual kosong.

aku au mata itu mahu mencungkil keluar semua yang aku telan. tapi macam mana? aku benci menangis depan dia.

kalau saja aku boleh yakinkan mata itu yang aku tekah menjadi gadis beku kini. tidak. nampak dari matanya dia tidak pernah anggap aku kuat..tapi aku lebih kepada bangunan yang lama yang tunggu masa saja mahu roboh.

setiap pertemuan, aku akan hadiahkan dia air mata, kau fikir aku mahu begitu?? tidak. aku paling benci menangis di depan manusia lain. tapi dengan dia, seperti terpukau. baru melihat matanya empangan aku sudah pecah kalau duduk berdua.

seakan gila itu semakin dekat dengan aku.


sapa2 saja boleh tuding aku lemah. tuding aku cengeng. tuding aku anak2 kecil. tapi sebelum mereka menuding, pernah masuk dan rasa sempitnya kasut yang aku pakai? pernah? ah. tak perlu jawab. aku lebih kenal kau siapa waima aku tak pernah tanya hidup kau bagaimana. 

aku tahu Tuhan tak akan izinkan aku hilangkan nyawa yang dia beri..tapi aku benar2 mohon keizinan agar bawa aku ke tempat lain. tempat yang beban hidupku bukan masa masa silam, tempat yang baru aku kenal, tempat yang memerlukan aku lebih berdikari. 

berdikari itu bukan satu masalah bagi aku. hanya masa silam saja yang sering jadi hantu. menakut2kan aku tentang apa yang akan jadi dan membuat tidur lena yang panjang sering terjaga kerana mimpi itu semakin ngeri. 

aku pernah nyatakan aku mahu keluar dari situ. tapi apa yang aku dapat? jawapan yang bunyinya seakan selangkah aku keluar aku anak derhaka. kurung jiwa aku sampai aku mati. mungkin itu yang lebih baik? jiwa yang aku rasa sudah mula mereput. jiwa yang hanya hidup untuk orang lain dan bukan tuan badan sendiri. 

jiwa, andai kau masih patuh pada tuanmu, tolong bangunkan jiwa tuanmu menjadi batu kembali. jadikan jiwa tuanmu seperti tiada rasa sekali lagi. seperti robot barangkali lebih baik. mesin yang tak punya rasa apa2. 

apa guna rasa kalau ia hanya akan menyakitkan...

3 comments:

NAJ HEBAT said...

sabar lah sayam..

hik hik hik~

± said...

meluah dgn cara yg tersirat begini juga mampu beri sikit ketenangan mungkin?

Lee Zha said...

naj : ngah bertatijh nak sabar. :)

dark : entah..