Monday, January 31, 2011

Haram Bercinta Lain Agama

dulu, masa di kampus. kawan-kawan pernah tanya tentang dunia cinta. Cinta di sini di maksudkan cinta berlainan jantina. Oh, baru aku tau. Aku antara orang terakhir kenal apa itu cinta. dorang semua dah kenal dari sekolah.

baik. entah macam mana, aku terbukak kisah tentang bestfriend aku, ajak aku bercinta masa aku form 5. tapi aku buat bodoh, sebab tak rasa dia serius walhal bila ingat balik, dia memang serius.

ya, dia nakal macam budak lain. zaman remaja mahu main cinta. tapi 1 benda yang aku respect pada dia sampai skang. dia tak pernah sentuh mana-mana awek dia. 'sentuh' di sini, even cubit atau cuit pun tak pernah. kalau nak buat senarai nama awek dia, penuh 1 muka kertas.



kawan-kawan tanya kenapa? kenapa aku tak suka dia? kenapa aku tak setuju untuk menjadi kekasih dia? aku kata entah. tapi bukan sebab agama cuma mungkin erti persahabatan lebih aku sayang dari segalanya.

semua ternganga. 'kenapa timbul agama?', soal mereka.

oh. aku lupa mahu bagitahu, dia Kristian. 

semua diam. semua pandang aku macam nak terkeluar biji mata.

'kau gila?! lain-lain agama! mana boleh bercinta!', kata seorang yang bertudung labuh. 

'entah! ramai lagi lelaki melayu, apa tempat kau dah pupus melayu ke?', tanya lagi seorang yang alim. 

'salahkah bercinta kalau dia lain agama?', aku tanya. 

'salah! haram kau tahu? lain-lain agama mana boleh campur! kau mahu murtad apa?', si labuh tanya kasar.

'habis..dengan siapa patut aku bercinta?'.

'kan banyak melayu di tempat kita. abang-abang yang rajin ke surau kau patut cari. lihat macam aku, kekasih aku seorang yang kuat agama', ujar si tudung labuh lagi.

'oh..kekasih kau islam? kuat agama?', tanya ku. 

'iyalah. kenapa? lagipun kami berkenalan di usrah', tanyanya.

'kalau benar kuat agama, mahu aku tanya, sejak bila islam kata bercinta sebelum menikah itu halal? dan bercinta berlainan agama itu haram? setahu aku.."bercinta" itu sudah haram. tidak kira sesama islam atau bukan'. 

diam.

ya...aku bukan bertudung labuh dan aku tidak pergi usrah seperti kamu. tapi aku tidak bodoh..jangan meng-HALAL-kan sesuatu hanya kerana kamu bertutup..



Dia Lelaki Kristian

Dia dilahirkan dalam keluarga berbangsa bumiputra dan beragama Kristian. dia kacak, segak. tak mustahil senang mencari kekasih dengan berbekalkan badan yang sederhana tinggi,kurus dan berkulit cerah. sejak dari sekolah rendah, dia punya perangai yang pelik.

setiap kali kelas pendidikan moral bermula, dia akan lari ke kelas pendidikan islam. duduk sama-sama mendengar apa yang ustaz ajar kami.

Menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku dan dia kian rapat. Aku anggap dia seperti abang aku. dan dia, rupa-rupanya ada menaruh hati pada aku. ya, Gila. baru 17 sudah mahu bercinta. tapi aku buat-buat bebal.

dia sering berkongsi cerita tentang bekas-bekas kekasihnya. ya, banyak bekas kekasih di situ. tak hairan, orang hensem. perkara yang membuatkan aku tabik hormat pada dia, sepanjang berkasih-sayang, dia tak pernah menyentuh kekasihnya. 'sentuh' di situ bermakna, cuit atau cubit sekalipun, tak pernah.

aku ingat dia omong kosong sampailah dia berkasih-sayang dengan adik angkatku. ya, memang benar. sepalit sentuhan pun tak pernah. dia begitu menghormati perempuan. aku ingat lagi katanya :

aku ada adik perempuan yang perlu di jaga. aku tak nak mereka di sentuh kekasih, sebab tu aku tak sentuh kekasih aku. sebab aku sedar, aku juga punya adik perempuan.

dia begitu sayangkan ibunya. segala kata-kata ibunya dia ingat.

za..mak aku pesan, suruh kahwin dengan gadis melayu...
za..mak aku pesan, carik bakal isteri beragama islam, dia mahu aku islam...
za..mak aku suka kau..aku selalu cerita pasal kau kat dia..

pernah sekali..dia kata

za..aku nak kerja lepas sekolah, kumpul duit banyak-banyak, terus pergi meminang kau..tak payah bercinta. buang masa.



Dia Lelaki Islam

dia kenalkan aku dengan dunia cinta. mungkin jiwa yang kosong sejak pertama kali berjauhan dengan famly dan kawan-kawan kerna menyambung pelajaran buat aku terima dia. ya, dia kekasih pertama.

dia dilahirkan sebagai anak melayu. tentunya beragama islam. keturunan jawa. katanya, orang menggelar bapaknya 'wak'. dia pernah juga khabarkan, yang keluarganya hidup seperti uztaz-ustazah. Alhamdulillah.

semasa cuti sem 2, aku pulang ke miri. ya, haruslah aku rindu padanya. pada waktu itu, hubungan kami sudah mahu mencecah 3 bulan. tinggal beberapa minggu lagi sebelum sem bermula. dia menghantar sms. dia bertanya, bolehkah sekiranya kami berjumpa lagi pada masa akan datang, dia memegang tanganku.

hmm. aku diam. terkejut. dan berasa pelik. wajib ke berpegangan tangan? aku hanya membalas, tengoklah macam mana. dan seminggu setelah sem bermula, aku putus dengannya. kenapa? biarlah aku dan dia saja yang tahu.


jujur, aku tak kisah andai aku di takdirkan bercinta dengan agama yang lain kalau selagi dia menghormati aku. lihat senario kini, buka mata dan minda. anak-anak melayu yang berperangai seperti agama tidak melarang segala perlakuan 'bukti' cinta mereka.

sana sini orang ajar aku tentang cinta Halal dan Haram. ahh..aku bukan anak tadika wahai kawan. aku tak menutup 'minda' dengan cuba menampal risalah 'bercinta terbuka pakaian' itu haram tapi yang bercinta dari usrah itu halal. 

manusia sekarang suka membuat dalih ya. jika di tegur, mereka mengeluarkan hujah lagi hebat bunyinya walhal ianya membuka aib mereka. ingat, islam tak menghalalkan cara. TAK SAMA SEKALI.

aku teringat risalah yang di tampal di dalam rumahku semasa akhir pengajian. risalah yang bertajuk "Cinta Ustaz Ustazah". mula-mula saling berhantar hadith dan sunnah. dari hadith ke sunnah saling berbalas doa. dari berbalas doa mula berbalas khabar berita. dan selebihnya, kau fikir sendiri.

pokok pangkalnya, aku mahu kita sedar akan hukum bercinta. jangan mudah menuding jari dan membuat hukum kau sendiri. cinta sekarang tidak kira ianya lain agama atau sama, tapi soalnya, atas dasar apa kau bercinta?

nafsu? suka-suka? keinginan atau Agama?...

kalau agama, nikah dulu baru cerita hukum bercinta.

3 comments:

Football Top News said...

Aslm...bgus suka ceta tok..kmk pun org miri..kmk pun ada gerek bkn islam..kmk dah pujuk family nya utk sama dengan kmk..tapi cdak tetap x mau..gerek kmk terpaksa akur dengan cdak sbb nya anak sulung..kadang2 ada benda yg adil bagi kita..tapi ada yg terpaksa kt terima walaupun perit..

Anonymous said...

Kenapa kamu tidak memilih si dia? Ternyata dia mahu juga memeluk islam. Kisah aku pula pada mulanya kami baik saja dalam perhubungan. Aku tahu dia tidak terbuka hati untuk menukar agama tapi kami tetap saling menyayangi. Dia pernah kata yang dia takut akan kehilangan aku. Tapi bila dia pulang saja dari kampung dia berubah langsung tidak seperti sebelumnya. Aku memang sangat kecewa kerana dia adalah insan pertama yang buat aku merasa sayang sebegini. Sehingga kini aku menangis dan sedih kerana masih mengharapkan dia walaupun aku tahu memang payah untuk kami bersama.

Atikah said...

Assalamualaikum..nk tnya haram ke klaw wnta islam brcnta dgn org bukan islam.