Monday, October 4, 2010

ya..malang itu tak berbau

huh..semalam aku hampir mati..jangan tanya apa yang jadi pada aku..aku tak nak hurai satu persatu.

aku benci bila manusia anggap nyawa itu remeh. benda yang manusia rasa mereka bebas dan berhak untuk ambil atau buang. ya..semalam aku jumpa manusia macam ni.

sambil mulut manusia tu menyumpah, aku dengar bunyi pisau di asah. ya gila. memang dia gila. aku cuba buat tenang, tapi Allah tahu debar dalam dada. sungguh, aku terbayang badan aku akan berlumuran darah sekejap lagi. tapi hati aku yakin, Allah ada bersama aku.

gila. jantung aku tak henti berdegup. otak aku mula membayangkan perkara yang mengarut. merapu. memang gila. hanya perkara kecil  sudah buat manusia itu gila! mulut aku terkumat kamit..membaca apa2 saja surah yang aku ingat.

setan! memang setan bertepuk tampar melihat manusia itu 'tunduk' arahan gila darinya. setan juga menghasut aku. kayu besball seperti dekat benar dengan aku.

aku malas ambil pusing. malas ambil pusing manusia gila tu. malas ambil pusing setan yang mula menghasut aku.

masuk bilik, kunci. lebih baik aku tidur. terima kasih untuk migrain yang menemani tidur aku sampai tengah malam buta.

4 comments:

red-is-merah said...

owhhh.. cerita migrain,.. ingatkan mimpi yg dahsyat tek....

Lee Zha said...

huu...

nAmA wA jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

sungguh jauh makna tajuk dgn isi entri..

abstrak..

Lee Zha said...

alvin : lau ko fhm..bgus la. hdp xslalu indah.