Thursday, July 12, 2012

#certot - Kepalanya Tudung tapi Hatinya Tidak


Gadis, aku kenal kamu tanpa wajah. Aku kenal kamu hanya pada nama dan tidak pada suara, itu kisah perkenalan kita. Emang dunia makin maju tidak memerlukan 'imej' manusia jika mahu berkenalan. Alam maya, itu tempat kita.

Bagi aku, bila seorang itu telah aku panggil 'kawan' nah..pertama kali kenal aku sudah letakkan dia di tempat yang suci, tiada buruk sangka, semua baik2 saja. Dan mana2 manusia pun tahu peraturan pada sebuah persahabatan itu ialah ;

"Baik buruk seorang teman, terimalah seadanya jika kamu benar2 seorang yang layak di panggil teman kerana manusia tidak sempurna"

Kalau kamu tidak nyatakan sekalipun, aku tahu itu peraturan yang tetap pada setiap hubungan antara kawan, tidak perlu hitam putih, itu sudah tercatat sejak azali.

Tapi soalan aku..jika memang kamu mahu aku hormati prinsip itu, tapi bagaimana diri kamu sendiri? Memang peraturan hidup kamu barangkali ;

"Teman2 aku harus menerima baik buruk aku! Itu baru teman namanya! Tapi kalau ada yang aku tidak puas hati, itu tidak mengapa untuk aku sebarkan keburukannya pada teman2 lain yang mengenali dia! Pastinya mereka yang lain perlu tahu buruknya dia!"

Kamu anak yang tahu akan hukum segalanya yang terselindung, tidak dapat ditutup dari mataNya.

Kasihan. Sebarkanlah dan bisik2 busuk kamu pada semua orang yang kamu mahu. Sila. Teman lain tutup mulut busuk kamu kerna hormati dan jaga maruah kamu sebagai manusia tapi kamu manusia paling kasihan kerna menyebar bau busuk demi mendapat perhatian.

Mungkin cantik kamu itu boleh beli kebenaran. Boleh saja. Tapi khas buat manusia2 yang otaknya malas berfikir.

No comments: