Kenapa tak boleh post manja2 kat wall aku?
Kenapa orang lain tak nampak status 'in relationship' aku?
Kenapa hanya beberapa kerat kawan yang tahu aku sudah ada 'dia'?
Kenapa apa yang aku post di wall 'dia' tak nampak seperti istimewa? kasar seperti kawan2 biasa adalah.
Kenapa dan kenapa?
Mudah. Facebook bukan milik kau sorang walaupun kau ia di daftarkan atas nama kau sendiri. tapi kena ingat, setiap apa yang kau buat dan kata dalam FB, semuanya di telanjangkan, itu pun kalau semua setting kau mahu orang tahu setiap saat apa yang kau buat.
Cerita, kata, gambar dan video, semua di telanjangkan. secara tak langsung, orang akan ikut setiap geri kau, setiap langkah kau. Bagus, kalau apa yang kau kongsi pada FB itu baik2 belaka.
Bercinta bukan perkara baikkah?
Ya. Bercinta memang perkara baik, tapi jadi tak baik pula bila kau terlalu mendedahkan pada orang apa yang kau rasa dengan pasangan.
kau bercinta dengan dia. perlukan kau nyatakan kasih, rindu dan cinta pada dinding wall dan mahu orang lain lihat? untuk apa? bukti kau pasangan kekash yang sayang menyayang? kalau bergaduh macam mana pula? tentu kau tetap mahu luahkan di dinding FBnya bukan? untuk apa? untuk menunjukkan pasanganmu membuat salah dan biar orang tahu?
kau tak rasa dirimu bogelkah ketika itu?
kau bercinta untuk apa? tunjuk pada orang kau punya kekasih? atau kau bercinta atas dasar hatimu memang menyayangi dia?
kau ni..tak romantik langsung. sekali sekala, postlah i miss u di wall fbnya..tentu dia suka.
:) di awal hubungan aku telah nyatakan. aku bercinta atas dasar sayang yang timbul pada hati. bukan atas dasar mengikut budaya orang. orang bercinta, aku juga mahu bercinta. orang post sayang-cinta, aku pun mahu post sayang cinta. masih sucikan cinta itu kalau sudah kau anggap ianya budaya dan bukan datang dari hati?
apa kau fikir, bila kau berkasih sayang dan semuanya kau bogelkan pada orang luar, mereka suka? mungkin akan ada yang suka. tapi 7 dari 10, tentu benci.
mahu show off la tu!
poyo gila! lam henpon ada, nak lam fb lagi. nak tunjok korang bercinta masyuk agaknya.
tengoklah...orang macam tu takkan kekal lama...poyo je lebih..macam dorang je yang bercinta.
tapi aku tak nafikan. mungkin keturunan ku yang sebegitu tertutup membuatkan aku lebih suka berdiam dari terpekik terlolong. kakak dan abangku yang satu lagi sudah menikah. dan semua saudara mara berkata, mereka bercinta tak nampak, tapi tup tup menikah sudah. :)
bila di tanya soal cinta, masing2 hanya tersenyum. bukan mahu berahsia. tapi amat takut. amat takut sekiranya ikatan yang kau angankan tak kesampaian.
bercinta dulu bagai nak rak...siap post lam fb hari2 sayang cinta. skang tengoklah, bertunang tak jadi!
sebab tu, bila ada artis yang bercinta lalu tidak mahu komen panjang, kau harus hormati. dia juga manusia biasa. mengharap panas sampai ke petang. lalu berdiam diri itu lebih baik.
dan untuk Dia, maaf kalau aku tak romantik. tapi kau lebih kenal aku siapa. :) skss. dan tak perlu kita ikut budaya orang, yang penting cara kita sendiri. walau tak akan ada orang akan faham. kasih sayang itu unik bukan? :)
Library UiTM Puncak Perdana
Tahun 2008
Prof Rushdi : (telek tapak tangan aku) Awak ni tak boleh bercinta.
aku : Pesal lak prof?
Prof : (gelak2) awak bercinta macam tentera! strictttt memanjang! macam orang kawad kaki. tak romantik langsung! sape tahan? hahaha
....
9 comments:
memang patut pun simpan semua .
buat apa nak heboh hebohkan kat orang semua
senyap senyap sudah
bukan ape
takut tak jadi
biar bila nak nikah kenduri
baru hebohkan
kalau yang kapel aku tak kesah sgt leeza... yang dah kawen ni pon nak komen2 dalam fesbuk @ post wall yang semua manusia leh baca padahal kat rumah bleh sembang kot... aku meluat hat tu....
intan : tulah...bila gadoh pn kecoh 1 fb. xke bukak aib tu...
fit : tu lagilah...siap crita hal rumah tga yg agak sulit pn ada. aku lak segan baca.
diam itu lebih baik dalam serba-serbi
semoga berbahagia, zha (:
lain orang lain cara , kan?
nice. =)
KH : yea..tau xpa. n btw, tengs bro. this best bro. hahahha
hero : yeap. n btw, tahniah! dah jd famly sarka. syp2 je ko kan! :D
welcome, then. dan kau juga, famili KH.
=)
congratz !
a relationship should be between two people & not the whole world
-Alexander Pearce-
hero : hahaha accidently jd famly KH. :D
anony : yeah, agreed. :)
Post a Comment